KYT R1R – Helmet Racing Berinspirasikan MotoGP untuk Jalan Raya & Track


Dalam dunia helmet prestasi tinggi, KYT terus membuktikan mereka bukan sekadar “budget brand”. Dengan pelancaran KYT R1R, jenama ini melangkah lebih jauh ke dalam kategori helmet racing premium yang diinspirasikan terus daripada pengalaman MotoGP.

Direka dan dibangunkan di Itali menggunakan teknologi digital terkini, R1R bukan sekadar helmet biasa. Ia adalah hasil gabungan ujian intensif, pengalaman pelumba profesional, dan kejuruteraan aerodinamik tahap tinggi.



DNA MotoGP yang Sebenar

KYT R1R dibangunkan hasil pengalaman terus dari arena MotoGP dan telah melalui ujian ketat oleh pelumba KYT sendiri bagi memastikan prestasi maksimum di jalan raya dan juga litar.

Helmet ini menjalani lebih daripada 3 tahun ujian wind tunnel, serta ujian di jalan dan track untuk memastikan kestabilan dalam pelbagai posisi tunggangan seperti:

  • Straight (kelajuan tinggi)
  • Braking (heavy braking)
  • Cornering (selekoh)

Hasilnya? Aerodinamik yang lebih stabil, kurang drag, dan lebih selesa walaupun pada kelajuan tinggi.

Struktur Shell TRICOMPOSITE – Ringan & Kuat

Salah satu highlight utama R1R adalah penggunaan TRICOMPOSITE shell, gabungan:

  • Carbon fiber
  • Aramid fiber (Kevlar)
  • Fiberglass

Material ini memberikan keseimbangan antara:

  • Berat ringan
  • Ketahanan impak tinggi

Helmet ini juga hadir dengan 3 saiz shell berbeza, memastikan fitting lebih tepat dan tidak terlalu besar atau bulky.

Sistem Keselamatan Bertaraf Racing

KYT R1R direka dengan fokus keselamatan tahap tinggi, antaranya:

  • Double D-Ring
    Sistem pengunci paling selamat dan standard untuk helmet racing
  • Racing Lock System (Visor Lock)
    Mekanisme kunci visor menggunakan alloy metal untuk mengurangkan risiko terbuka ketika kemalangan
  • EPS Multi-density
    Struktur dalaman dengan kepadatan berbeza untuk menyerap tenaga impak secara lebih efektif
  • Homologation ECE 22.06
    Standard keselamatan terkini di Eropah yang lebih ketat berbanding generasi sebelumnya.

Aerodinamik & Ventilation – Stabil & Sejuk

Rekaan aerodinamik R1R bukan sekadar rupa agresif. Ia dibentuk melalui kajian wind tunnel untuk:

  • Kurangkan tekanan angin
  • Tingkatkan kestabilan pada high speed
  • Kurangkan keletihan rider

Tambahan pula:

  • Large air intake depan & atas
  • Sistem airflow dalaman yang efisien
  • Chin curtain untuk kurangkan noise

Semua ini memastikan aliran udara konsisten dan suhu dalaman kekal selesa walaupun ride jauh.

Visor Wide Vision + Pinlock Ready

R1R menawarkan antara field of view terbaik dalam kelasnya:

  • 210° peripheral view
  • 90° vertical view

Ciri visor termasuk:

  • Optical Class 1 (clarity tinggi)
  • Anti-scratch & UV protection
  • Tool-free visor removal
  • Pinlock Max Vision 70 included (anti-fog)

Ini penting especially untuk rider yang fokus pada visibility masa high speed atau track riding.

Comfort & Daily Usability

Walaupun helmet ini berorientasikan racing, KYT masih jaga aspek keselesaan:

  • Hydrocool fabric lining – cepat serap peluh & kekalkan rasa sejuk
  • Padding boleh tanggal & boleh basuh
  • Ready untuk intercom speaker
  • Sesuai untuk pengguna berkaca mata

Maknanya, bukan setakat untuk track day, tapi masih practical untuk daily ride.

KYT R1R adalah helmet yang jelas menunjukkan evolusi KYT ke arah segmen premium racing. Dengan teknologi yang diinspirasikan dari MotoGP, material composite berkualiti tinggi, serta ciri keselamatan moden, R1R berada dalam kategori helmet yang serius untuk rider yang mahukan prestasi.

Sesuai untuk:

  • Rider yang aktif ride highway / long distance
  • Track day enthusiast
  • Pengguna yang mahukan helmet ringan + aerodinamik stabil

Kalau sebelum ni orang pandang KYT sebagai “value for money”, R1R datang untuk ubah persepsi tu terus.

No comments:

Post a Comment

Pages